Konvoi/Marshall Guide


TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERKONVOI

a) Kenderaan/motorsikal :
Keadaan motorsikal pada tahap yang baik dan memuaskan. Kalo tetiba kite rasa tunggang kite tidak seperti sediakala, itu mgkin ade something wrong. Cuba2 la check ape2 yang patut.
Pastikan tekanan angin tayar depan & belakang megikut spect yang disarankan spt dlm manual.
Check level Engine Oil (EO). Kepada motorsikal yang mungkin sudah ade simptom2 kerap berkurangan EO (makan minyak hitam), pastikan ianya terkawal atau bawa spare utk top-up.
Check signal kanan dan kiri. Ini amat penting sebagai penunggang motorsikal utk isyarat membelok atau memotong terutamanya ketika berada dijalan kampung atau bandar yang mempunyai banyak simpang. Tak kira motor kecil atau besar, keselamatan perlu dititikberatkan.
Check Lampu brek -  adakah ianya berfungsi utk brek depan dan belakang? kalo berfungsi..BAGUS!! Sekiranya tidak, korang harus membaikinya dulu sebelum tiba hari berkonvoi. Kesan buruk  jika tidak berfungsi adalah amat2 membahayakan kpd rakan2 atau pengguna jalanraya yang berada  dibelakang anda. Tiada isyarat membrek mungkin boleh menyebabkan kemalangan.
Rantai (chain) telah di'spray' pd malamnya..rasanya tu yg se-elok2nye kot?..
Yang tidak kurang pentingnya juga..cuci kenderaan anda - baru ler nmpk berkilat & bersinar biler pengguna jalanraya yg lain memerhatikan kenderaan korang. Silap2 siap kene lambai nanti..
Isi ler minyak motor tu siap2..nanti takdelah sibuk nak isi minyak bile nak start konvoi. Serba sedikit akan mengganggu perjalanan/masa konvoi itu nanti.
Diri kita:


Pastikan kita mempunyai rehat yang cukup - utk mengelakkan keletihan ketika menunggang.
Pastikan tidur yang cukup tp jgn terlebih tidur plak - kalo tak cukup tido..takut nanti bukan kita bawak moto, tp moto bawak kite.
Riding gear  - Helmet fullface/flipup, glove,padding jacket,riding boot, knee guard, back protector, racing suite dan lain2 mengikut kesesuaian ride anda.
Jika demam atau selsema, mgkin ikut budi bicara diri sendiri samada patut atau tidak mengikuti konvoi. Sebab ianya akan mengganggu konsentrasi atau hilang fokus ketika menunggang.
Sebelum tayargolek ke konvoi, lakukan sedikit senaman ringkas (stretching) supaya keadaan kite lebih selesa.Tapi lebih afdal kalau sehari sebelum konvoi tu gi GYM dulu..

Ini saja lah Tips2 Persediaan Sebelum Berkonvoi.Terima kasih kerana membaca dan menyokong Blog ni.Anda di alu2 kan untuk selalu berkunjung ke sini bg melihat info2 yg kami update kan.Sebar2 kan lah Link ni kepada Rakan2 Bikers Anda Yg Lain..




KONVOI-ETIKA DAN TATACARA BERKONVOI



Ok kali ni saya nak bercerita dan berkongsi tentang Etika dan tatacara berkonvoi pulak..Penting untuk anda yg selalu ikuti konvoi.

MARSHAL

1. Zero Marshal/ Leader
2. CONTROL Marshal
3. SWEEPER
4. TEAM LEADER Marshal
5. ASSISTANT TEAM LEADER Marshal
6. Kenderaan Peserta
7. BACK MARKER Marshal/Last man
8. MEDIK Marshal
9. MEKANIK Marshal

Zero Marsyal/Leader
Leader bertanggungjawab keatas keselamatan semua kenderaan konvoi. Leader juga mestilah kerapkali berkomunikasi dengan marsyal2 lain untuk mengetahui situasi keadaan di dalam konvoi. Leader mestikan melaporkan segala situasi traffic kepada marsyal2 lain untuk mengambil langkah seterusnye seperti brek, mengelak dan memberhentikan kenderaan. Leader juga mestilah berwaspada pada setiap masa dan memberikan arahan kepada marsyal2 lain untuk memastikan konvoi bergerak lancer. Mana-mana kenderaan konvoi tidak dibenarkan memotong Leader kecuali diberi arahan sebaliknye.

Kontrol Marsyal

Kontrol adalah penolong kepada Leader. Kontrol mestilah mengagihkan semua arahan kepada Marsyal2 lain. Jika Leader tidak berkeupayaan untuk meneruskan tugasan, Kontrol mestilah mengambil alih tugas Leader. Kontrol jugak mestilah melaporkan keadaan trafik kepada semua Marsyal untuk berwaspada serta bersedia untuk memberhentikan kenderaan serta berjaga-jaga.

Sweeper

Bilangan kenderaan sweeper bergantung kepada bilangan kenderaan konvoi dan komplesiti perjalanan tersebut. Mereka menerima arahan dari Leader dalam memastikan semua kenderaan konvoi berada dalam keadaan selamat, menandakan persimpangan, memberikan amaran kepada semua kenderaan jika ada kenderaan yang memandu secara merbahaya, menemani konvoi di lampu trafik dan membawa mereka ke dalam barisan konvoi. Adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menemani mana-mana kenderaan konvoi yang mengalami kerosakan atau terlibat dalam kemalangan. Sweeper akan sentiasa memberikan pertolongan kepada Leader dengan memintas mana-mana kenderaan untuk berada dalam posisi yang boleh menghulurkan bantuan kepada Leader bagi memastikan konvoi berjalan lancar. Hanya Sweeper dibenarkan untuk berada dihadapan Leader jika diperlukan. Semua kenderaan konvoi mestilah memberikan kerjasama dengan memberi laluan untuk mereka memintas konvoi demi menjalankan tugas mereka.


Back marker Marsyal/Last Man

BM adalah kenderaan yang paling terakhir di dalam sesebuah konvoi. BM tidak dibenarkan sama sekali berada dihadapan mana-mana kenderaan konvoi. BM mesti melaporkan segala activiti yang berlaku di belakang kepada Leader pada setiap masa yang mana kenderaan konvoi telah melepasi lampu traffic, persimpangan atau jika berlaku perpecehan dalam barisan konvoi.

Ahli konvoi hanya akan menerima arahan dari Leader. Jika pada bila-bila masa TL/ATL tidak boleh di hubungi, kontrol akan di pertanggungjawab keatas mereka dengan arahan dari Leader.

Meninjau laluan adalah satu kemestian kepada Leader, Kontrol dan Sweeper dalam membuat persediaan sebelum berlangsungnye konvoi.

TATACARA KONVOI

Konvoi "Anak Itik"
cara konvoi anak itik nie ialah cara yg paling biasa digunakan, selalunya cara nie guna bila jumlah perserta konvoi sedikit atau melalui jalan2 yg agak sesak, jem, berselirat dan buleh menyesatkan peserta2 konvoi.... dan juga cuma digunakan utk jarak perjalanan yg pendek

cara berkonvoi nie menggunakan sepenuhnya teknik2 @ isyarat2 tgn seperti yg diterangkan dlm post2 kat bwh... serta dibantu sepenuhnya oleh marshal2.. so xder sesapa sesat ataupon ditimpa perkara yg x diingini....

dan tentunya.. bila masing2 kene thn diri dari nak full trotel (kene bawak sloww der).. jalan dekat pon rasa jauh ... kejap jer buleh penat ngan mengantuk oooo.....


Konvoi berescort - Polis dan penunggang luar
kalau konvoi dgn jumlah penyertaan yang lebih besar, biasanya akan mintak bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. dan teknik konvoi ni mmg pakai teknik anak itik dan selalunya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek jer...

Perjalanan pendek tersebut adalah mcm dr RV point ke tempat event (apa2 event la). Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. dan sekali lagi.. segala teknik, isyarat tangan dan marshal2 mcm post kat bawah nie akan selalu digunakan bg melancarkan konvoi nie.. selain dari leader /runner/escort polis.

satu jer yg beza dengan konvoi biasa, pasal bila dah ader escort, xder la lagi nak kene berenti kat simpang/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.

Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys - sistem Check Point
Mudahnya, cara konvoi nie... sebelom konvoi bergerak, para marshal akan menerangkan laluan dan checkpoint2 sepanjang laluan konvoi ... jadi kerapnya konvoi ni akan dilaksanakan atas highway atau jln yg x bnyk simpang.. klu ader yg tersesat jugak, x tau la.... JADI, TIME BRIEFING TU DENGAR LA....
selepas konvoi berlepas dr rv point, masing2 bergerak ikut keupayaan diri dan motor masing2 ( secara berpasangan - buddy2)... yg motor power nak test motor buleh, yg nak makan angin pon buleh... ikut mana korang selesa ( jarak yang selamat masih perlu dikekalkan, xde aksi berbahaya, xde 'slipstream/ cucuk angin dgn cara yang berbahaya).....NAMUN.. semua peserta konvoi DINASIHATKAN dan DIMINTA untuk mematuhi peraturan jalan raya dan menunggang secara berhemah.... JANGAN CARI PASAL x kira la dengan ahli2 konvoi ataupon dgn pengguna jalan raya yg lain...(tunggangan berhemah adalah cara kita).... klu kene bakar ke apa ker .. sabar jer ... (boleh kejar atas risiko sendiri serta tahap kemampuan diri sendiri)
time konvoi nie, marshal tetap ada.. ( bergantung kepada kumpulan2 kecil yang ada) tp xder la sampai nak jaga korang mcm konvoi dekat2 tuh.. diorang cuma pastikan semua berjalan lancar, tgk tlg klu ader problem jer... so klu korang kene tinggal.. tetiba motor problem.. relaks n jgn gelabah.... bg signal n berenti kat tepi... lastman akan ada tlg korang nnt ... (time briefing tu, pastikan korang tau sapa lastman.. jgn sampai lastman dok depan korang lak...)


Etika berkonvoi

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan. time ptotong tu mesti cukup bagi ruang dan isyarat yg sesuai.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong. nak potong memotong pon ada giliran tau...

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) . Pastikan letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas. Terutamanye ketika hujan baru turun.

8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan sentiasa bersamamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.(jangan nyanyi lagu awie)

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.( boleh meleper ker?)

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat.(hon atau lampu) kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15.Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat. jangan sampai ader kes tertinggal pasal g parking blakang toilet. pastu x bgtau sesaper sudah.. kang bila gerak xder saper tau yg korang tgh memerit Grin Grin

16. Pastikan anda menyediakan kelengkapan menunggang untuk cuaca hujan
Handsign / Isyarat tangan



PERATURAN DAN LANGKAH KESELAMATAN KETIKA BERKONVOI




Ada beberapa peraturan dan langkah keselamatan harus di ikut ketika berkonvoi.Ini wajib untuk korang yg suka berkonvoi bg menjaga keselamatan diri sendiri dan juga rakan konvoi yg lain.di bawah ini saya serta kan beberapa langkah dan keselamatan sebelum dan ketika dalam berkonvoi..

1. Sentiasa dengar dan peka dengan maklumat yang disampaikan oleh penganjur/marshall ketika sesi taklimat diadakan. Ini adalah sangat penting kerana segala tempat berhenti rehat, mengisi minyak, jarak tunggangan serta makan dan minum akan diberitahu ketika taklimat. Ini adalah untuk mengelakkan pertanyaan berulang-kali dilakukan kepada penganjur/marshall kerana penganjur/marshall juga mempunyai tugas yang berat menanti dan perlu fokus didalam perjalanan.

2. Pengurusan masa hendaklah tepat. Tiba awal di tempat permulaan. Dengan ini jadual perjalanan tidak akan terganggu, serta kita juga tidak perlu berkejar-kejaran untuk mengejar masa yang terlepas dan ini juga bermakna tunggangan akan menjadi lebih selamat.

3. Sentiasa bersedia, (seperti pengakap) sarung tangan dan helmet dipakai, kunci berada di posisi "ignition" apabila marshall berada diatas motorsikal beliau. Ini membuatkan keseluruhan konvoi bergerak lancar dan sekata serta tiada ruang jarak yang terlalu jauh (konvoi terputus). Ini juga termasuk apabila tempoh waktu berhenti rehat yang diberi tamat, memandangkan menunggu ahli konvoi yang lewat bersedia dibawah matahari terik dengan helmet bertutup penuh dan juga sarung tangan serta jaket tebal amat menyeksakan dan akan menghilangkan keseronokan berkonvoi. Seseorang marshall yang bagus akan memberi isyarat sebelum mula bergerak, kebiasaannya dengan hon atau siren (pendek)

4. Sentiasa jaga jarak antara penunggang yang lain. Jangan berkumpul dengan rapat dan menjadikan kumpulan konvoi terlalu padat. Berikan ruang yang selesa. Jangan risau kerana anda tidak akan ditinggalkan bersendirian dibelakang.

5. Jika anda perlu memotong rakan anda sila gunakan lorong sebelah kanan dengan memberi ruang dan isyarat yang mencukupi.

6. Biarkan rakan anda memotong dengan selamat kenderaan dihadapan sebelum anda mengambil kedudukan bersedia memotong

7. Jika anda terpaksa berhenti (tidak berjadual)/kecemasan sila letak motorsikal anda ditepi bahu jalan (kawasan lapang) serta letak motorsikal dengan baik dan jarak yang tidak terlalu rapat dan tidak mengganggu lalu lintas.

8. Tiada marshall yang dibenarkan untuk menggunakan siren sewaktu menunggang untuk mengejar/menghalau kenderaan lain. (menyalahi undang-undang)

9. Tiada marshall diberi kuasa untuk menahan/memberhentikan lalu-lintas di lampu isyarat/simpang. Kita TIDAK berkuasa untuk melakukan perkara tersebut. Sentiasa beringat dan selamat

10. Jika kenderaan di belakang mengekori terlalu rapat dan mengganggu berikan laluan untuk ia memotong melepasi konvoi.

11. Jika seseorang penunggang baru tidak mampu mengikut kelajuan konvoi maka dia seharusnya menunggang motorsikal dia dengan kelajuan yang dirasakan sesuai. sweeper/last man akan bersama kamu sepanjang perjalanan dan akan berkumpul semula dengan konvoi dihentian seterusnya.

12. Sila pastikan anda sentiasa berada dalam kumpulan konvoi terutama sekali ketika melalui pekan/bandar yang asing bagi anda.

13 Pada masa tertentu dan jalan yang elok marshall yang baik akan membenarkan anda menunggang mengikut kelajuan anda sendiri untuk menikmati selekoh dan bermesra dengan trottle. TETAPI anda perlu ingat JANGAN berlumba sesama sendiri. Penunggang akan berkumpul semula diperhentian seterusnya.

14. Jika anda terpaksa berhenti cemas tanpa pengetahuan marshall dihadapan, sila berikan isyarat kepada sweeper dan beliau akan membantu anda. Seluruh kumpulan konvoi hendaklah meneruskan perjalanan sehingga marshall sedar akan penunggang yang hilang dari kumpulan.

15. Jika anda adalah jenis yang memerlukan masa lebih panjang untuk berehat/melegakan diri sewaktu konvoi berhenti rehat sila letakkan motorsikal anda dikawasan yang mudah dilihat dimana kebanyakkan penunggang lain dapat lihat.


Runner / Side Marshalls

*sesetengah kelab motorsikal mempunyai runner/side marshall, untuk memastikan kenderaan lain berada jauh disebelah kanan dari konvoi. Runner ini biasanya berada selari dengan konvoi dan berada disebelah kanan sedikit berbanding konvoi. Runner akan sentiasa bergerak kehadapan-belakang sepanjang konvoi untuk memastikan kumpulan konvoi berada dalam formasi. Runner juga biasanya terdiri daripada motorsikal yang berkuasa lebih tinggi.Walaubagaimanapun runner meletakkan diri mereka dalam keadaan bahaya serta risiko yang tinggi. keselamatan masing-masing hendaklah dijaga oleh penunggan itu sendiri dan mengamalkan cara tunggangan defensif.

Dengan itu kita tidak akan mempunyai runner/side marshal. Dan peserta lain juga tidak harus bertindak sedemikian. Untuk itu kami meletakkan lebih ramai sweeper yang berada di grid belakang.


Konvoi bersama Polis dan penunggang luar

Dengan jumlah penyertaan konvoi yang lebih besar,kita terpaksa meminta bantuan polis untuk melancarkan perjalanan. Biasanya konvoi jenis ini adalah perjalanan yang pendek.

Dengan bilangan konvoi yang besar, peraturan konvoi diubahsuai mengikut situasi. Konvoi formasi 2-selari diaplikasi serta bergerak rapat

Dengan bantuan polis konvoi itu juga berbeza dengan konvoi normal kerana kita tidak perlu berhanti di simpan/ lampu isyarat. Akan tetapi kelajuan konvoi lebih perlahan berbanding dengan konvoi normal.


Konvoi Tunggangan Bebas/Free Ride Convoys

Ini biasanya berlaku dimana motorsikal berkuasa tinggi dan juga easyriders berada dalam satu konvoi. Jumlah peserta juga biasanya melebih 20buah motorsikal.

Kebanyakkan penunggang adalah berpengalaman dan tahu selok belok laluan yang digunakan serta tahu tempat perhentian dan berkumpul semula.

Dalam perjalanan jenis ini, marshall memainkan peranan kecil sahaja. Bermula dengan biasa marshall dihadapan. Dan selepas beberapa ketika apabila kuda masing-masing dah menjadi cergas mereka yang lebih pantas akan bergerak laju meninggalkan yang perlahan. Beberapa orang penunggang mungkin bergerak bersama mengikut kelajuan dan gaya tunggangan yang sesuai dengan mereka. Marshal akan tetap mengekalkan kelajuan biasa agar peserta konvoi yang lain tidak tercicir.

Sweeper akan berada di kelompok belakang; dan mungkin beberapa kilometer dibelakang tidak kelihatan, sehingga tiba di perhentian yang telah dijadualkan. Selepas berhenti kitaran tersebut diteruskan. Perjalanan seperti ini biasanya berlaku di laluan sepanjang lebuhraya PLUS (utara selatan)



ISYARAT TANGAN SEWAKTU BERKONVOI MOTORSIKAL




Sentiasalah mematuhi panduan Leader/Ketua Kumpulan anda untuk keselamatan semua. Segala arahan dalam taklimat sebelum menunggang perlu difahami dan dipatuhi. Berhenti hanya di tempat yang telah dipersetujui. Pastikan anda mempunyai miyak yang mencukupi untuk sampai ke tempat pengisian yang ditetapkan dalam taklimat.
Isyarat tangan yang diberi oleh ketua anda seboleh bolehnya di ulang oleh penunggang di belakangnya dan juga oleh semua penunggang agar semua penunggang dapat mengetahui isyarat tersebut hinggalah ke Sweeper di belakang sekali.
Runner berfungsi mengawasi simpang jalan dan memberhentikan kenderaan lain.
Hanya runner dan sweeper yang dibenarkan keluar dari formasi tunggangan kumpulan.
Selamat berkonvoi secara selamat.

1. Isyarat Hidup Kan Enjin.


2. Dua Barisan,Bersebelahan,Rapat-rapat (Sewaktu Dalam Bandar/Jalan Sibuk)3. Dua Baris, Zig Zag (Sewaktu Laju/Di Lebuh Raya)
4. Awas Lubang/Lopak sebelah Kiri (Signal Kaki Juga Boleh Di Guna Kan)5. AwasLubang/Lopak Sebelah Kanan (Signal Kaki Juga Boleh Di Guna Kan6. Pusing Kiri7. Pusing Kanan8. Satu Barisan!Jari Telunjuk seperti No Satu Juga Boleh Di Guna Kan (Keadaan bahaya Atau Memotong Di Lebuh Raya.
9. Laju Sikit! Move It,Guys And Gurls ! Lengan Naik Dan Turun,Berbeza dengan Isyarata Satu Barisan Di Atas.10. Perlahan Kan Motosikal Anda!!11. Isi Minyak Dulu Ye!!Tangan Genggam,Dengan Ibu Jari Menunjuk Ke Pinggang.12. Kita Minum Dulu!! Tangan Genggam ,Dengan Ibu Jari Menunjuk Ke Topi Keledar/Helmet.13. Ooop!!Berhenti dulu!!Sesiapa pun boleh memberi isyarat ini jika perlu. Adalah tugas Sweeper utuk memberitahu Leader dan penunggang hadapan melalui alat perhubungan/handphone. Di waktu kerosakan/kecemasan, Sweeper perlu menunggu dibelakang. Kumpulan asal akan terus ke hadapan sehingga ke perhentian yang telah ditetapkan sewaktu taklimat. Motor yang mengalami kerosakan perlu di baiki, dan kemudiannya bergabung semula dengan kumpulan asal.Penting bagi Sweeper untuk membawa handphone/wireless.
14. Group Parking.
*Konvoi Guide Ini Di Copy Dan Paste Dari NBC.





No comments:

Post a Comment